Baru, K Devan Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Kelantan

FAST DOWNLOADads
Download
K Devan Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Kelantan Baru, K Devan Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Kelantan

K. Devan dilaporkan telah menyerahkan surat peletakkan jawatan semalam selaku ketua jurulatih Kelantan. Menurutnya ia atas alasan sebab peribadi.

Kelantan FA (KAFA) telah menerima surat perletakkan jawatan K Devan, dan akan mengumumkan ketua jurulatih yang baru dalam masa yang terdekat.

"Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan oleh sebab-sebab peribadi. Saya berterima kasih kepada Kafa dan pihak-pihak lain kerana memberi saya sokongan untuk tempoh enam bulan lepas, "kata Devan, yang pernah menjadi jurulatih kepada pasukan Selangor, Felda United dan Negeri Sembilan.

Dibawah bimbingan K Devan Kelantan kini keenam Liga Super dengan 12 mata setelah mengharungi 10 perlawanan.

Dengan ini K Devan adalah jurulatih kelima dalam Liga Super yang telah  meletakkan jawatan atau direhatkan oleh pasukan pada musim ini.

Jurulatih Terengganu Ahmad Yusoff adalah orang pertama yang akan direhatkan pada bulan Februari, diikuti oleh Jacksen Tiago Pulau Pinang bulan lalu dan Sarawak, K. Rajagobal baru-baru ini. Ahmad Shaharuddin Rosdi meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Pahang pada bulan Mac.

Abe tahu ramai yang duk suruh K Devan letak jawatan atau disingkirkan. Namum apakah KAFA sudah bersedia untuk mencari pengganti yang betul-betul berjaya membimbing TRW kembali menjadi pasukan yang digeruni. Diharap kesilapan lalu dalam memilih jurulatih baharu tidak berulang.

Sumber: NST.com.my
FAST DOWNLOADads
Download
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url