Baru, Final Piala FA 2016 : Johor Darul Takzim Vs PKNS FC

FAST DOWNLOADads
Download
 Menariknya perlawanan ini adalah buat julung kalinya pentas final Piala FA menyaksikan pe Baru, Final Piala FA 2016 : Johor Darul Takzim Vs PKNS FC


Perlawanan akhir Piala FA 2016, Johor Darul Takzim lawan PKNS FC. Menariknya perlawanan ini adalah buat julung kalinya pentas final Piala FA menyaksikan pertembungan dua pasukan berstatus kelab.

Pada tahun 2012 Sime Darby memecah tradisi menjadi pasukan kelab pertama berjaya layak ke final, dan diikuti Felda United pada tahun 2014.

Pasukan mana yang akan memenangi Piala FA, JDT? atau PKNS FC?

Johor Darul Takzim, ini merupakan aksi kedua mereka di final Piala FA. Percubaan pertama mereka pada tahun 2012 gagal setelah tewas kepada pasukan Kelantan 2-1.

Manakala bagi pasukan PKNS FC, inilah aksi pertama mereka di peringkat final Piala FA sudah tentu mereka mahu lakukan yang terbaik untuk tidak melepaskan peluang ini.

Menariknya juga, kedua-dua pasukan ini pada musim lepas hanya mampu mara sehingga pusingan ke-2 sahaja. Dan pada tahun musim ini mereka beraksi di pentas final.


Final Piala FA 2016 : Johor Darul Takzim Vs PKNS FC

Mungkin ramai yang akan memilih JDT untuk dinobatkan juara, namum kita tidak boleh memandang rendah kepada cabaran yang akan dibawa oleh pasukan daripada Liga Perdana ini.

PKNS FC begitu garang dalam saingan Piala FA musim ini, mereka telah menundukkan beberapa pasukan besar daripada Liga Super seperti Terengganu, Felda United dan Perak.

JDT pula turun dengan gagah pada musim ini, setakat ini masih belum lagi mencatat kekalahan. Semangat pemain mereka kian membara mahu melakar sejarah buat pertama kali menjulang Piala FA.

Piala FA menjadi piala yang masih belum berjaya didakap oleh JDT, dalam mereka mengorak langkah ke hadapan sudah pastinya mereka mengimpikan untuk menjulang Piala FA untuk tambahan koleksi kejayaan pasukan kelab ini.

Rekod Pertemuan PKNS FC Vs Johor Darul Takzim


Rekod 6 pertemuan kedua-dua pasukan sejak musim 2013 menyaksikan JDT memiliki kelebihan berbanding PKNS FC.

JDT pernah menewaskan PKNS FC sebanyak 4 kali, 2 kali kekalahan dan cuma sekali berkeputusan seri.


Liga Super 2014

11/04/2014 : JDT 1-0 PKNS FC
04/04/2014 : PKNS FC 1-1 JDT


Piala Malaysia 2013 ( Group B )

21/09/2013 : JDT 0-2 PKNS FC
20/08/2013 : PKNS FC 2-0 JDT


Liga Super 2013

11/05/2013 : JDT 3-1 PKNS FC
22/01/2013 : PKNS FC 1-3 JDT


Trivia Piala FA
1. Mula diperkenalkan pada tahun 1990, era Liga Semi-Pro.
2. Perak menjadi pasukan pertama yang menjulang Piala FA dengan menewaskan Selangor 4-2 di Stadium Merdeka.
3. Selangor pula menjadi pasukan yang paling banyak menjadi juara Piala FA, iaitu sebanyak 5 kali.
4. Pasukan yang pernah menjulang Piala FA dua tahun berturut-turut adalah Kuala Lumpur (1993-1994), Kedah (2007-2008) dan Kelantan (2012-2013).
5. LionsXII pula berjaya memecah tradisi apabila berjaya membawa pulang Piala FA ke Singapura apabila memenanginya pada tahun 2015.


FAST DOWNLOADads
Download
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url