Baru, Liga Super 2016 : Selangor vs Kelantan

FAST DOWNLOADads
Download
 adalah perlawanan terakhir pusingan pertama liga Baru, Liga Super 2016 : Selangor vs Kelantan

Perlawanan ke-11 Liga Super 2016 adalah perlawanan terakhir pusingan pertama liga. Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada 18 Mei 2016.

Bermain ditempat sendiri sudah semestinya Selangor mahu terus menang dan merapatkan jurang dengan 2 lagi pasukan teratas liga. Kini mereka ketinggalan 6 mata dibelakang Felda United.

Pasukan Selangor juga kali terakhir menjulang kejuaraan Liga Super adalah pada tahun 2010, dan sudah 3 tahun berturut-turut hanya berpuas hati hanya menjadi naib juara (2013-2015).

Pasukan Kelantan diambang kemerosotan, prestasi yo-yo yang dipamerkan Skuad Kelantan dengan hanya mampu mencatat 1 kemenangan dan 3 kekalahan dalam 5 perlawanan terakhir. Kini turun lagi satu anak tangga berada di kedudukan ke-6, selepas tewas kepada pendahulu liga iaitu Felda United dan kini hanya mengumpu 12 mata.

Dalam ura-ura terkini akan ada rombakkan dalam skuad Kelantan pada pintu perpindahan pemain nanti. Dan adakah barisan kejurulatihan juga akan dirombak atau TRW akan meneruskan baki perlawanan di pusingan ke-2 nanti dengan apa yang ada?

Rekod Pertemuan Selangor vs Kelantan

Dalam rekod 12 pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super sejak musim 2010.

Selangor 41.6% Kelantan 33% seri 25%

Pasukan Selangor memiliki lebih peluang untuk memang jika dilihat daripada kekuatan diatas kertas, lagi kini mereka juga diantara pasukan 3 yang sedang memburu kejuaraan liga.

Malah dalam prestasi semasa juga, Selangor lebih cemerlang berbanding Kelantan.

Selangor : S K M S M
Kelantan : K S K M K
*M=Menang. S=Seri, K=Kalah


Liga Super 2015

19/08/2015 : Selangor 3-0 Kelantan
25/04/2015 : Kelantan 2-1 Selangor


Liga Super 2014

17/06/2015 : Kelantan 2-0 Selangor
22/03/2014 : Selangor 1-0 Kelantan


Liga Super 2013

18/05/2013 : Kelantan 1-1 Selangor
15/02/2013 : Selangor 2-0 Kelantan


Liga Super 2012

29/06/2012 : Kelantan 1-0 Selangor
14/02/2012 : Selangor 2-1 Kelantan


Liga Super 2011

26/04/2011 : Kelantan 1-0 Selangor
29/01/2011 : Selangor 2-0 Kelantan


Liga Super 2010

10/07/2010 : Selangor 1-1 Kelantan
12/03/2010 : Kelantan 0-0 Selangor
FAST DOWNLOADads
Download
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url