Baru, Pengalaman Jimat Bersama Onexox
Mari aku cerita sikit pasal simkad Onexox ini. Harga simkad sahaja pun dah murah cuma RM10. Disini pun kita dah jimat dan ada baki kredit sebanyak RM5.
Pengalaman Jimat Bersama Onexox
Onexox akan bahagikan kepada 2 akauan iaitu Akaun DA dan Akaun MA.Akaun DA adalah untuk call murah. Manakala akaun MA pula caj call mahal harga lebih kurang sama dengan telco lain. Jadi pastikan baki dalam akaun DA sentiasa lebih untuk membuat panggilan murah.
Caj Voicemail atau panggilan bawah 10 saat cuma 5 sen sahaja. Kalau telco lain kita akan dicaj seminit. Memang jimat sangat dah ni.
Oexox memberikan satu block call selama 30 saat, tak macam telco lain yang caj seminit untk satu block.
Tempoh sah sehingga 28 bulan. Amat senang nak dapat kelebihan ini, kita cuma perlu MNP nombor lama kepada simkad Onexox. Jika tak nak MNP nombor lama pun boleh dapat juga tepoh yang panjang ini, iaitu dengan topup RM50 dalam masa 30 hari selepas mengaktifkan simkad.
Tempoh sah ini sering menjadi masalah kepada kita, sebab setiap bulan ia akan tamat dan kita kena topup. Jadi dengan tempoh sah sehingga 28 bulan, tak perlu topup setiap bulan jika kredit masih ada banyak.
Malah jika kita topup, tempoh sah akan dilanjutkan lagi, dengan RM1 bersamaan dengan satu hari.
Ada pula Family And Friends dengan caj 6 sen setiap 30 saat ke mana-mana nombor, tak kira rangkaian teco lain sekalipun. Memanag Onexox tak pilih bulu.
Servis internet Onexox juga boleh dikatakan murah dengan kelajuan tinggi serta pakej yang berbaloi. Macam aku, sering melangan plan internet 1.5GB dengan RM29.90/sebulan.
Itu sahaja dahulu yang sempat aku kongsikan pasal penjimatan bersama onexox.