Baru, AFC Champions League 2016 (Play-off) : Johor Darul Ta'zim vs Muangthong United FC

FAST DOWNLOADads
Download
 Sekali lagi tahun ini pasukan Johor Darul Ta Baru, AFC Champions League 2016 (Play-off) : Johor Darul Ta'zim vs Muangthong United FC

Sekali lagi tahun ini pasukan Johor Darul Ta'zim mendapat peluang untuk bersaing untuk melayakkan diri mara bersaingan dalam AFC Champions League 2016. Satu kejohanan bolasepak berprestij tinggi di peringat Asia.

Untuk layak JDT perlu menang diperingkat kelayakan Play-off ini sebelum mara ke peringkat kelayakkan seterusnya. Tahun ini JDT mendapat 'bye' pada peringkat kelayakkan (Round 1).

Pada musim lepas pasukan JDT telah ditewaskan oleh kelab Thailand iaitu Bangkok Glass FC diperingkat kelayakkan (Round 2).

Pada tahun ini sudah pastinya JDT mahu membaiki sedikit rekod layak kepusingan seterusnya. Malah mungin mereka mahu layak sehingga keperingkat kumpulan untuk beraksi dalam saingan ACL 2016.

Pasukan yang bakal mencabar JDT adalah Muangthong United FC. Pasukan daripada Thailand ini. Pasukan ini juga pernah 3 kali mencuba nasib dalam kelayakkan ACL.

Pasukan ini juga ada pengalaman beraksi dalam saingan ACL 2013, namum hanya mampu berpuas hati dikedudukan tercorot peringkat kumpulan dengan mencatat 1 keputusan dan 5 kekalahan.

JDT dengan gelaran 'Harimau Selatan' tampil selaku juara Liga Super Malaysia 2015, dan Muangthong United FC pula lebih dikenali sebagai 'The Twin Qilins' pula adalah naib juara Thai Premier League 2015.

Namum JDT juga turun selaku juara AFC Cup 2015 diharap mampu mempamerkan aksi cemerlang menundukkan kelab Thailand ini. Dan sedang menungu JDT diperingkat Play-off seterusnya adalah pasukan daripada China, Shanghai SIPG.

Perlawanan akan berlangsung pada 2 februari 2016 - 7:45 pm di SCG Stadium, Nonthaburi, Thailand.

Keputusan Perlawanan

Muangthong United FC (0) - (0) Johor Darul Ta'zim
Penalti (3-0)

Cuba lagi untuk JDT untuk tahun hadapan jika ada rezeki.

FAST DOWNLOADads
Download
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url