Baru, Liga Super 2016 : Kelantan Vs Selangor.

FAST DOWNLOADads
Download
 ini menandakan persaingan liga sudah memasuki pusingan yang kedua Baru, Liga Super 2016 : Kelantan Vs Selangor.

Perlawanan ke-12 Liga Super 2016 ini menandakan persaingan liga sudah memasuki pusingan yang kedua. Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, pada jam 9.00 malam 21 Mei 2016.

Ini juga merupakan perlawanan terakhir Liga Super sebelum semua pasukan akan diberikan rehat yang panjang sempena bulan Ramadhan bulan Jun nanti. Liga Super 2016 akan kembali bersambung pada 15 Julai nanti.

Bagi pasukan Kelantan ini adalah perlawanan kedua mereka dibawah bimbingan jurulatih baru Velizar Popov. Dalam perlawananan sebelum ini menentang Selangor di Stadium Shah Alam dengan hanya menggunakan tenaga 10 orang pemain, nyata sekali tidak banyak yang dapat dilakukan oleh jurulatih baru ini. Keputusan seri itu sudah memadai sebenarnya.

Kesilapan Wan Zack Haikal pada minit ke-26 memang memberi kesan kepada corak permainan TRW. Namum tekanan lebih besar buat pemain Selangor apabila mereka gagal memanfaatkan peluang untuk mengutip 3 mata di laman sendiri dengan pasukan lawan tempang kehilangan seorang pemain.

Kelantan pada malam ini akan turun tanpa aksi Wan Zack. Dan dikatakan ada beberapa pemain utama yang lain juga dikatakan masih belum sedia untuk beraksi pada malam ini kerana di landa masalah kecerderaan McKain dan pemain yang digantung perlawanan Brendan dan Wan Zack.

Target awal atau KPI Velizar Popov adalah untuk mengumpul 4 mata dalam 2 perlawanan pertama beliau. Misi pertama sudah berjaya apabila berjaya membawa pulang satu mata daripada Shah Alam. Dan malam ini, misi merebut 3 mata daripada pasukan yang berada di tanggan ke-3 liga ini.

Keputusan Penuh Perlawanan Kelantan Vs Selangor

FT : KELANTAN 2-5 SELANGOR
⚽️ Blazhe Ilijoski 10'
⚽️ Hafiz Kamal 15'
⚽️ R Gopinathan 21'
⚽️ Nazmi Faiz 35'
⚽️ Razman 49'
⚽️ Traore 59'
⚽️ Hazwan Bakri 88'
FAST DOWNLOADads
Download
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url