Baru, Kisah Duka Cristiano Ronaldo Di Euro Cup 2016
Cristiano Ronaldo pemain bolasepak yang nama gah dimata dunia. Namum nasibnya tidak begitu baik ketika mewakili negaranya Portugal.
Kini beliau merupakan pemain paling banyak beraksi mewakili Portugal dengan 128 cap mengatasi pemain lagenda Luis Figo yang cuma 127 cap.
Nasib duka Ronaldo dalam 4 kali penyertaan di Euro Cup juga agak menyedihkan.
Walaupun beliau menjadi pemain Portugal paling banyak beraksi di Euro Cup dengan 15 perlawanan dan meledakkan 6 gol, namum percapaian terbaik Ronaldo bersama Portugal hanyalah menjadi naib juara pada tahun 2004.
Untuk edisi 2016 ini, prestasi Portugal mulai dipertikaikan, selepas 2 perlawanan mereka hanya mampu mencatat 2 keputusan seri.
Adakah nasib malang mereka akan terhapus diperlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Hungry nanti.
Keputusan perlawanan diperingkat kumpulan F.
Portugal 1-1 Iceland
Portugal 0-0 Austria
Portugal vs Hungry
Nasib Cristiano Ronaldo juga turut malang, setakat ini beliau masih belum menjaring sebarang gol untuk saingan Euro Cup 2016.
Ronaldo membuat 3 shots on target (panah hijau), 3 off taget (panah merah) dan 4 blocked (panah kuning.
Walaupun Ronaldo banyak membuat percubaan, namum nasib tidak menyebelahi kapten Portugal ini. Malah dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pertemuan menentang Australia.
Banyak rekod Ronaldo bersama Portugal, namum itu tidak memberikan kelebihan buat Portugal untuk menjulang kejuaraan, inilah bolasepak ia bukan sukan individu.
- Pemain paling muda mencapai 100 caps - CR7 mencapainya ketika usia 27 tahun.
- Hat-trick paling banyak -3 kali, Ronaldo menyamai rekod Pauleta.