Baru, K. Devan, Dilantik Ketua Jurulatih Kelantan FA 2016
K. Devan atau nama sebenar beliau adalah Devan a/l E. Kuppusamy yang sebelum ini pernah melatih pasukan Negeri Sembilan bagi saingan Liga Perdana.
Sejak 2004 K. Devan sudah 9 kali bertukar pasukan sebagai Ketua Jurulatih.
- Negeri Sembilan - 2004–2006
- Melaka - 2007
- Kuala Muda Naza - 2008
- Selangor - 2009–2011
- Johor FC - 2012
- Felda United - 2013
- Penang - 2014
- Negeri Sembilan - 2015
- Kelantan - 2016
Dari segi pencapaian K. Devan sebenarnya boleh dibanggakan, ada beberapa kejuaraan yang pernah dirangkul oleh beliau. Namum sejak 2010, sudah lama pasukan bimbingan beliau tidak menjulang sebarang piala kejuaraan, malah ada beberapa pasukan semasa bimbingan beliau agak merundum prestasi.
Kejayaan K. Devan
- Liga Super Malaysia (1): 2005-06
Kuala Muda
- Liga Perdana Malaysia (1): 2007-08
Selangor
- Liga Super Malaysia (2): 2009, 2010
- Piala FA (1): 2009
- Piala Sumbangsih (2): 2009, 2010
Kali terakhir kegemilangan K. Devan adalah ketika beliau melatih pasukan Selangor (2009,2010). Malah sudah 2 musim beliau melatih pasukan yang berada di Liga Perdana iaitu P.Pinang dan Negeri Sembilan.
Dengan rekod ini, sudah pastinya penyokong TRW tertanyakan kenapa K. Devan? Mampukah K. Devan membawa pasukan Kelantan kembali menjadi pasukan yang hebat seperti dahulu?
Penyokong juga mahu melihat sejauh mana perubahan yang akan K. Devan lakukan dalam skuad TRW, terutama dari segi corak permainan. Beliau perlu buktikan yang KAFA tidak silap untuk memilih dia sebagai Ketua Jurulatih.
Yang penting sekali, penyokong sudah pastinya tidak mahu perkara yang sama berlaku pada musim lepas, Ketua Jurulatih bertukar tangan beberapa kali.