Baru, Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (Gred 41) 2016

FAST DOWNLOADads
Download
Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 kini sedang membuat pengambilan kakitangan baru dengan 300 jawatan yang kosong. Ramai calon-calon yang bakal menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang akan dijalankan pada 19 Januari 2016 nanti.

Sudah pastinya para calon akan membuat persediaan yang rapi sebelum mengambil ujian ini agar lulus dan terpilih untuk keperingkat seterusnya.

Tanpa persediaan yang lengkap, akan memungkin peluang keemasan ini terlepas. Jadi sebelum GAGAL dalam ujian adalah kita kena pastikan kita tidak gagal dalam membuat persediaan yang secukupnya.

Memang teramatlah rugi jika kita gagal sebab memang begitu ramai lepasan graduan yang mengimpikan jawatan 'panas' ini. Maklumlah jawatan ini menawarkan banyak kelebihan buat penjawatnya, iaitu :-
  1. Elaun perumahan
  2. Cost of living allowance (COLA)
  3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  4. Kenaikan gaji setiap tahun
  5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
  7. Cuti bersalin
  8. Pinjaman perumahan
  9. Caruman KWSP atau pencen
  10. Bersara pada umur 58 tahun
  11. Peluang kenaikan pangkat
  12. Peluang melanjutkan pelajaran
  13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Namum jawatan ini bukanlah jawatan yang biasa-biasa, Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah jawatan penting dalam merealisasikan dasar-dasar kerajaan agar ia terlaksana dengan sempurna dan mengikut matlamat dasar tersebut.

Jadi proses pemilihan calon untuk jawatan ini cukup ketat, hanya yang benar-benar layak sahaja akan terpilih dalam beberapa saringan yang akan dibuat.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini bertujuan untuk menguji dan membuat penilaian tahap daya pemikiran calon agar menepati kualiti yang diperlukan untuk menjawat jawatan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan.

Dalam membuat persiapan sudah semestinya kita perlu tahu apa yang perlu disediakan atau apa yang bakal ditanya didalam peperiksaan nanti.

Jadi disini saya ada sediakan beberapa contoh format soalan peperiksaan untuk rujukan para calon semua.

 kini sedang membuat pengambilan kakitangan baru dengan  Baru, Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (Gred 41) 2016

Format terkini Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2016

Pada tahun format peperiksaan online PTD telah diubah dimana hanya mengandungi 2 seksyen sahaja berbanding tahun lalu yang ada 3 seksyen.

  • Seksyen A: Pengetahuan Am - Untuk menguji tahap pengetahuan am calon. Para calon perlu mengulangkaji tentang dasar-dasar terkini yang dilaksanakan oleh kerajaan. Selain itu calon juga perlu membaca berkenaan pentadbiran, sosio ekonomi, kewangan, teknologi maklumat dan sebagainya.
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah - Pada bahagian ini, soalan akan dipecahkan kepada 3 elemen utama iaitu :-
    • Kemahiran Logik - Penilaian cara menyelesaian masalah
    • Kemahiran Interprestasi Data - Menguji kemahiran menganalisa graf, statistik dan jadual.
    • Kaedah Matematik - Menguji kemahiran membuat pengiraan matematik.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Disini saya lampirkan beberapa contoh soalan beserta dengan cara menjawab soalan tersebut.





Dengan beberapa contoh soalan ini diharap para calon sudah nampak gambaran soalan-soalan yang bakal ditanyakan dalam peperiksaan nanti. Jadi tidaklah nanti para calon tergopoh gapah dalam menjawab soalan dan para calon sudah tahun apa yang perlu diulang kaji.

Ketenangan adalah penting ketika menjawab soalan, agar anda tidak tersilap memberikan jawapan. Selain itu anda juga perlu menjawab soalan yang anda tahu dan soalan yang senang terlebih dahulu, ini adalah untuk anda menjimatkan masa.

Bagi calon yang sedang resah membuat persiapan, anda boleh membuat rujukan yang lebih lengkap dengan Tips Exam PTD daripada Prof Hariz di http://profhariz.com/pegawai-tadbir-diplomatik-m41/
FAST DOWNLOADads
Download
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url