Baru, Datuk Seri Vida Mahu Tarik Tajaan Kepada Kelantan

FAST DOWNLOADads
Download

Datuk Seri Vida menyatakan beliau akan bertindak menarik diri daripada penajaan kepada pasukan Kelantan pada musim ini jika skuad TRW tidak berjaya meningkatkan prestasi pasukan.

Pasukan Kelantan setakat ini hanya telah mencatat 3 kemenangan, 3 keputusan seri dan 3 kali kalah. Dengan mengumpul  12 mata untuk berada di tangga ke-5 Liga Super 2016.

Namun apa yang membuatkan DSV rasa tidak berpuas hati adalah kerana prestasi tidak konsisten yang dipamerkam oleh anak buah K. Devan di dalam setiap perlawanan. Malah ia juga telah membuatkan para penyokong tawar hati untuk ke stadium.

"Sebagai ahli perniagaan, apa yang saya laburkan sudah pasti mahukan pulangan, tidak kira apa bentuk. Pelaburan itu bukan sedikit, tapi membabitkan jutaan ringgit.

"Setakat ini saya sudah membelanjakan lebih RM3 juta untuk Kelantan termasuk pembayaran gaji sebanyak RM1.7 juta. Selebihnya kos cat Stadium Sultan Muhammad IV dan beberapa perkara lain." Ujar DSV.

Walaupun semalam Kelantan berjaya membenam Terengganu 3 gol tanpa balas, namum DSV mahukan rentak kemenangan diteruskan dalam 2 perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super 2016.

Cabaran besar juga buat K. Devan dan barisan pemain kerana bakal berdepan Felda United yang kini garang di tahkta liga dan menetang Selangor yang sedang bergelut untuk mengejar JDT.

Secara peribadi ambo tak salahkan DSV dalam hal penajaan, dia orang bisnes sudah semestinya dia mahukan hasil. Jadi pasukan yang ditaja perlu berusaha untuk memastikan segala tajaan tidak disia-siakan.
FAST DOWNLOADads
Download
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url