Baru, Apa Erti Pasukan Tanpa Penyokong
Ketika pasukan Kelantan tumbang di Kota Bharu dibelasah Selangor 2-5. Popov menyuruh para pemain berikan tepukan kepada penyokong yang hadir memenuhi stadium sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan padu yang diberikan.
Perasaan kecewa itu pasti ada apabila kalah apatah lagi setelah menerima tamparan dengan kekalahan besar sebegitu. Semua orang kecewa dari jurulatih, pemain dan penyokong. Tapi itu bukannya penamat kepada segalanya. Ini bukan perlawanan terakhir, ada banyak lagi perlawanan yang akan ditempuhi oleh pasukan Kelantan dan sokongan daripada penyokong sangat-sangat diperlukan untuk memberikan suntikan moral kepada pemain.
Namum sikap professional Popov sebegitu memberikan makna bahawa dia mahukan penyokong terus berikan sokongan padu kepada pasukan Kelantan.
Ini ayat yang Abe sempat copy daripada Facebook kredit kepada tuan punya badan.
PERLAWANAN MENENTANG SELANGOR
KEPUTUSAN
KEL 2-5 SEL
Apa yang admin boleh katakan selepas perlawanan, Coach Popov masuk padang utk peluk dan bagi semangat kepada pemain-pemain Kelantan, Dan yang paling menarik apabila Coach Popov mahu pemain beri tepukan terima kasih kepada Penyokong yang hadir serta berdiri tegak dan bangga apabila Gate H Boys menyanyikan lagu negeri,
Apa lagi yang kita mahukan? Walaupun kalah besar tapi kami bangga dengan pasukan!
Tq Coach Popov, barisan kejurulatihan & pemain2 sekalian!